20110328

..Dari Gerak Hati..

Cukup cintai ia dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai ia dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kelekaan kepada hati-hati yang terjaga

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan
memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan
mengharapkan balasan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan.

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk
atau membeku dengan perlahan
kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan
serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Maha Memberi dan Memiliki
biarkan ia yang mengatur semua hingga keindahan itu datang pada waktunya

Tiada ulasan: